fbpx

Rampas RM37.5 juta ubatan, suplemen tak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly merasmikan program kembara TOBaTS itu di Kuala Selangor, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Sejumlah RM37.5 juta ubatan, suplemen serta kosmetik tidak berdaftar dirampas di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia merekodkan peningkatan hampir lapan peratus berbanding tahun sebelumnya hampir RM24.8 juta dirampas pada 2023.

Katanya, dari segi produk pula sebanyak 20,157 produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah dirampas pada 2023.

“Pada tahun lalu, kita merekodkan peningkatan kepada 21,571 produk yang dikenal pasti tidak berdaftar dengan KKM tahun lalu. Daripada jumlah itu, rampasan melibatkan sebanyak 17,630 produk ubatan termasuk suplemen, manakala 3,941 lagi adalah kosmetik.

“Keadaan itu jelas menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan dan pihak berkuasa sedang bersungguh menanganinya ketika ini,” katanya selepas merasmikan program Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) Zon Tengah di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, negara berdepan ancaman serius kerana ubatan itu boleh merosakkan organ utama seperti hati, buah pinggang dan sistem saraf dalam jangka masa panjang.

Ujarnya, ramai masyarakat terpedaya kerana ubat tidak sah itu turut dijual secara terbuka dengan mempunyai hologram namun hakikatnya palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI