fbpx

Pengganas kuburkan impian Fawad Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBABKAN kepincangan pengganas berlaku di Kashmir, impian ‘Bollywood’ Fawad Khan kini berkubur.

SEMBILAN tahun menanti untuk membuat kemunculan semula di Bollywood, impian pelakon terkenal yang berasal dari Pakistan, Fawad Khan musnah dek serangan pengganas yang berlaku di Pahalgam, Kashmir baru-baru ini.

Kali terakhir filem lakonan Fawad ditayangkan di India adalah pada 2016 menerusi naskhah arahan Karan Johar, Ae Dil Hai Mushkil.

Namun, disebabkan berlaku serangan yang membabitkan tentera India dan Pakistan di Uri, pihak kerajaan bertindak menyekat pembabitan pelakon yang berasal dari Pakistan tersebut.

Tahun ini Fawad sudah bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula menerusi Abir Gulaal di samping aktres Vaani Kapoor. Filem ini dijadualkan ditayang kepada penonton di India bermula 9 Mei depan.

Namun, nampaknya nasib Fawad bagaikan Deja vu apabila tragedi berdarah sekali lagi terjadi di antara India dan Pakistan tercetus di Pahalgam yang meragut nyawa 28 mangsa, manakala 10 lagi cedera. Kebanyakan mangsa ialah pelancong yang ditembak oleh pengganas.

Kempen boikot filem Abir Gulaal juga semakin giat dijalankan di India dan sedang menjadi sohor kini dalam media sosial.

Malah, lagu-lagu runut bunyi filem arahan Aarti S. Bagdi yang sebelum ini dimuat naik dalam saluran YouTube juga telah dipadam.
Fawad menerusi hantaran dalam Instagram meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap nasib mangsa tragedi keganasan yang berlaku.

Filem terbaharu Fawad terpaksa disekat
di India gara-gara serangan pengganas.

“Amat sedih mendengar berita serangan kejam di Pahalgam. Doa dan ingatan saya bersama mangsa kejadian ngeri ini, dan saya berdoa memohon kekuatan dan kesembuhan untuk keluarga mereka dalam masa yang sukar ini,” katanya.

Kementerian Informasi dan Penyiaran India juga dikatakan mengeluarkan arahan supaya filem Abir Gulaal tidak ditayangkan kepada umum susulan tragedi serangan Pahalgam.

Persekutuan Pekerja Pawagam India Barat (FWICE) mengulangi gesaannya untuk mengharamkan artis Pakistan daripada terlibat dengan industri hiburan di India seperti yang pernah dilakukan sembilan tahun lalu.

Mereka menggesa agar kerjasama ditarik balik sepenuhnya dengan semua artis, penyanyi dan juruteknik dari Pakistan dalam sektor filem dan hiburan India.

“Memandangkan berlakunya serangan di Pahalgam baru-baru ini, FWICE sekali lagi terpaksa mengeluarkan boikot menyeluruh terhadap semua artis, penyanyi dan juruteknik Pakistan yang mengambil bahagian dalam mana-mana filem atau projek hiburan India.

“Ini termasuk persembahan atau kerjasama yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia,” kata FWICE dalam satu kenyataan.

Fawad sebelum ini pernah mencetuskan fenomena tersendiri di Bollywood kerana ketampanan serta populariti luar biasa yang ditempanya.

Drama bersiri lakonan Fawad berjudul Humsafar sangat popular di India dan Pakistan.

Pada 2014 Fawad debut di Bollywood menerusi filem Khoobsurat bersama Sonam Kapoor.

FAWAD pernah mencipta fenomena luar biasa di Bollywood hampir sedekad lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI