fbpx

’Meledak bukan kelemahan, tapi jeritan luka lama tak dijaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA Rudaini percaya ketenangan seorang lelaki mampu menjadi penyembuh luka hati pasangan.

PETALING JAYA – Seakan mewakili wanita lain, pelakon Rita Rudaini berharap masyarakat memahami situasi dilalui kaum hawa yang menggunakan media sosial untuk berkongsi isi hati.

Katanya, luka dipendam sekian lama antara punca perempuan boleh ‘meledak’ di platform maya yang juga cara untuk meluahkan perasaan bagi meraih pemahaman insan terdekat.

“Bila wanita mengamuk, jangan lawan tapi fahami. Seorang wanita yang sedang mengamuk bukanlah wanita yang ingin dimusuhi, tetapi jiwa yang sedang meminta untuk difahami.

“Dia tak gila, dia luka. Ketika emosinya meledak, itu bukan kelemahan, tapi jeritan dari luka yang lama tidak dijaga.

Di saat itu, bukan logik yang dia perlukan, tetapi kehadiran,” katanya menerusi hantaran dalam Insta Story.

Menerusi perkongsian sama, ibu tunggal kepada dua putera itu menyatakan lelaki adalah ‘ubat’ yang membolehkan wanita kembali tenang.

“Lelaki yang tidak dipengaruhi ego, tetapi respons dengan jiwa yang tenang. Lelaki yang menjadi pelabuhan bagi badai untuk kembali tenang. Kerana dalam tenangnya seorang lelaki, ada ubat yang menyembuhkan.

“Maka jadilah tempat dia kembali pulang, bukan tempat dia lari ketakutan,” ujarnya.

Dipercayai hantaran dibuat mempunyai kaitan dengan isu rumah tangga serta kemelut dalaman keluarga membabitkan selebriti dan pempengaruh yang diperkatakan ramai kebelakangan ini.

Rita yang mengharungi pelbagai cabaran membesarkan anak sendirian antara artis yang lantang memperjuangkan nasib kaum hawa menerusi laman sosial. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI