KALAU bercakap tentang drama yang sedang menjadi bualan ramai, pastinya Seribu Tahun arahan Shahrulezad.
Ditayangkan menerusi slot MegaDrama Astro Ria, drama tersebut kini semakin tular susulan watak Imaan lakonan hebat Emma Maembong.
Hamil anak luar nikah dan mahu menjadikan Syukri (Azhan Rani) sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup malu, kebencian terhadap Imaan semakin membuak-buak.
“Benci dan geram dengan Imaan, tolonglah Norr (Norkhiriah).
“Syukri tolonglah bertukar watak jadi Ustaz Madi dan ‘basuh’ otak Imaan,” getus netizen.