fbpx
Gambar hiasan.

‘Lepas telur naik harga nanti kami nak makan apa?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kerajaan diminta untuk mengekalkan pemberian subsidi telur ayam yang merupakan bahan mentah paling mampu dimiliki semua golo­ngan masyarakat di negara ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata ditemui menyifatkan penarikan subsidi itu bakal memberikan beban tambahan kepada pengguna, seterusnya menyebabkan makanan berasaskan telur seperti nasi lemak, roti canai dan mi rebus akan mengalami kenaikkan.

Seorang penduduk di Tanjung Piai, Wahab Othman, 63, berkata, ketika ini semua barangan ­keperluan harian me­ngalami kenaikkan harga dan kini pengguna terpaksa berdepan dengan perbezaan harga telur.

Katanya, sebelum ini antara lauk popular yang dekat dengan masyarakat ialah ikan sardin, tetapi kini harga ikan itu telah melonjak tinggi dan bukan lagi makanan bagi orang kampung.

“Tetapi kini telur juga akan mengalami keadaan yang sama apabila tiada lagi subsidi diberikan, jadi kami orang kampung nak makan apa,” katanya ketika ditemui di Bandar Permas, di sini.

Seorang lagi pengguna, Kamariah Mohamad Nor, 59, dari Kampung Sungai Durian meminta kerajaan memastikan harga makanan yang menggunakan telur tidak dinaikkan selepas penarikan subsidi telur.

“Kita ini orang kampung terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan ke­perluan termasuk makanan, bagaimana kami hendak hidup dengan selesa,” ujarnya yang mempunyai lima anak.

Sementara itu, tinjauan mendapati tiada perubahan harga telur direkodkan sejak pengumuman penarikan separuh subsidi kerajaan bermula 1 Mei lalu.

Seorang pekerja membe­ritahu, harga telur gred C (RM8.99), gred B (RM9.99) dan gred A, RM12.60 sepapan.

“Kami tunggu minggu depan apabila pembekal menghantar telur, setiap kali penghantaran kira-kira sebanyak 100 hingga 200 papan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN