fbpx

Lelaki ditangkap kerana beristeri 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENRY Betsey Jr. memiliki tiga isteri. - Foto ABC Action News.

WASHINGTON – Seorang lelaki di negeri Florida ditahan kerana berkahwin dengan tiga wanita berbeza, lapor portal berita MSNews hari ini.

Henry Betsey Jr. berdepan tuduhan poligami dengan pihak berkuasa mendakwa bahawa dia berkahwin dengan tiga wanita itu untuk keuntungan kewangan, menurut portal berita ABC Action News.

Henry bertemu dengan setiap wanita itu di platform janji temu berbeza iaitu Tinder, Match.com dan Stir.

Siasatan lanjut mendedahkan dia juga mempunyai profil di laman temu janji yang keempat.

Perkahwinan itu terbongkar selepas isteri pertama, Tonya mengesyaki suaminya curang. 

Setelah melakukan siasatan, Tonya membuat laporan kepada pihak berkuasa yang menangkap Henry atas tuduhan poligami

Sebelum tangkapan dilakukan, dua isterinya tidak tahu bahawa Henry sudah berumah tangga. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI