fbpx

KPDN Selangor rampas RM680,000 gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tong gas yang disita dalam Ops GASAK di sekitar Selangor.

SHAH ALAM – Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya merampas barangan kawalan dan bersubsidi bernilai RM680,000 bermula Januari hingga hari ini.

Pengarahnya Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, ia hasil daripada 35 kes khususnya melibatkan komoditi gas petroleum cecair (LPG) di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kejayaan itu seterusnya dapat menangani isu ketirisan dan manipulasi dalam aktiviti perniagaan melibatkan barang kawalan dan bersubsidi.

“Peranan penguatkuasaan diperkukuhkan melalui pendekatan yang bersasar, berasaskan data.

“Selain itu, berorientasikan pendidikan pengguna dan peniaga termasuk meningkatkan kecaknaan dan partisipasi rakyat agar menjadi pengguna yang lebih berinformasi, bertanggungjawab dan dilindungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara tong gas yang disita dalam Ops GASAK di sekitar Selangor.

Beliau turut memberitahu, pihaknya turut mengempur sejumlah 35 premis di sekitar Selangor dalam tempoh dua hari OPS GASAK bermula kelmarin.

Tambahnya, sasaran premis memfokuskan kepada syarikat penternak ayam, pembekal gas memasak, perniagaan mencuci pakaian atau dobi dan restoran makanan.

“Sebanyak empat kes berjaya dihasilkan dengan sitaan mencecah RM8,000 melibatkan sejumlah 90 unit tong gas LPG.

“Siasatan dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 selain diperluaskan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613],” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI