fbpx

Kaya sekelip mata! 2 pendaki jumpa harta karun di atas gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Harta karun’ yang ditemukan di Pergunungan Podkrkonosí Republik Czech awal tahun ini. - Muizum Eastern Bohmeia.

PRAGUE  – Dua pendaki terkejut apabila menemui kotak dan tin logam berisi syiling emas serta perhiasan bernilai lebih AS$300,000 (RM1.2 juta) di sebuah gunung di Czechia, lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Penemuan itu berlaku di Pergunungan Podkrkonosí , Republik Czech awal tahun ini. Semua harta karun itu dibawa ke Muzium Eastern Bohemia untuk dinilai. 

“Selepas salah seorang pendaki terbabit membuka kedua-dua kotak dan tin logam itu, saya sangat terkejut,” kata Ketua Arkeologi Muzium Eastern Bohemia, Miroslav Novak. 

Kotak besi itu mengandungi sejumlah objek emas termasuk 16 kotak tembakau, 10 gelang, beg, sikat rambut, rantai dan bedak.

Tin itu pula menyimpan kira-kira 598 keping syiling emas yang dibalut dengan kain hitam. 

“Artifak yang ditemui sangat bernilai.

“Kami perlu menganalisis selebihnya, tetapi harga semasa logam itu dianggarkan mencecah AS$340,000 (RM1.4 juta),” kata Novak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI