fbpx

Hun Haqeem stabil, jumpa pakar ortopedik Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN kini berehat di rumah selepas mengalami kecedaraan di wajah dan lutut bertarung dengan lawannya, Ikmal malam tadi.

PETALING JAYA – Berehat di rumah selepas bertarung dengan pelakon Ikmal Amry, kecederaan pada lutut kanan tidak mematahkan semangat pelakon Hun Haqeem untuk menyertai sukan lasak pada masa akan datang.

Pengurusnya, Afdal Shahizad Zainudin berkata, pelakon drama From Saga With Love 2 itu akan menjalani pemeriksaan susulan dengan pakar ortopedik bagi mengenal pasti tahap kecederaannya pada 5 Mei ini.

“Saya baru hubungi ibunya yang memaklumkan buat masa ini Hun okey, kena berehat dulu hari ini sebelum ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, lusa.

“Difahamkan tiada luka serius cuma lutut kanannya masih sakit selepas pertarungan di Kejohanan Sukan Tempur malam tadi.

“Menurut ibunya lagi, Hun kuat semangat malah sakit yang dirasai tak menjejaskan semangat kesukanannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Pada masa sama, Afdal meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aktor terbabit agar segera sembuh.

“Kita sama-sama doakan Hun tiada apa-apa kecederaan yang serius dan dilancarkan segala urusannya,” ujarnya.

Tengah malam tadi, Hun tewas di tangan Ikmal dalam pertarungan yang berlangsung selama tiga minit di gelanggang Fury Championship, sekali gus membuatkan ramai bimbangkan kondisinya.

Sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia itu menghimpunkan ramai peserta profesional, pencabar amatur, pempengaruh serta selebriti yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Terdahulu, pada Oktober 2023, Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 27, pernah menjalani rawatan akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialaminya ketika penggambaran drama W: Two Worlds.

Kecederaan tersebut mengakibatkannya terpaksa berehat panjang daripada sebarang aktiviti lakonan sebelum kembali aktif awal tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI