fbpx

Hakim bawa momentum cemerlang ke JrGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM menunjukkan prestasi cemerlang dalam perlumbaan pembuka tirai Red Bull Rookies Cup minggu lalu.

SELEPAS bermula cemerlang pada aksi pembuka tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mengalihkan tumpuan ke Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) yang membuka tirai hujung minggu ini di Estoril, Portugal.

Hakim yang bersaing bersama SIC Racing-MSi memperagakan aksi positif dan sersedia sepenuhnya mengharungi cabaran getir musim ini di pentas yang sering menjadi batu loncatan ke Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pada musim ini, pelumba kelahiran Terengganu itu menunjukkan kematangan apabila berjaya meraih dua penamat tempat kedua berturut-turut sekali gus mendahului carta keseluruhan ketika ini.

Hakim, 17, bakal berdepan cabaran sengit di Junior GP apabila sekali lagi bertemu nama-nama besar di Rookies Cup, antaranya Veda Pratama dari Indonesia, Marco Morello (Argentina) serta dua pelumba berbakat Sepanyol, David Gonzales dan Brian Uriarte.

“Saya sangat teruja untuk memulakan hari pertama di sini. Permulaan nampak sangat positif dan saya berharap minggu ini akan berjalan sebaik minggu lalu.

“Ini adalah perlumbaan pertama JuniorGP untuk musim ini dan ia sangat penting. Doakan kejayaan saya minggu ini,” katanya.

Walaupun ini adalah musim keduanya di JuniorGP, Hakim berazam mempamerkan peningkatan ketara berbanding musim lalu yang menyaksikan penampilan sulungnya ditamatkan di kedudukan ke-15 selepas mengumpul 46 mata.

JuniorGP sememangnya terkenal sebagai medan pembangunan bakat bagi pelumba remaja dengan ramai dinaikkan pangkat beraksi di pentas Moto3, Moto2 dan MotoGP.

Berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan di RBMRC serta pengalaman musim lalu, tidak mustahil untuk Hakim mengorak langkah lebih jauh kali ini dan meletakkan nama Malaysia dalam peta perlumbaan motosikal dunia.

Kini, Hakim perlu mengekalkan prestasi baiknya itu bagi memenuhi sasaran SIC Racing yang memberi jaminan tempat buat pelumba itu ke pentas Moto3 dengan syarat dia perlu mempamerkan keputusan konsisten sepanjang musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI