PETALING JAYA – Satu gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia kira-kira pukul 8:51 malam tadi.
Menerusi hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berukuran 6.1 magnitud di koordinaat 0.5° Utara dan 121.6° Timur.

Jelas MetMalaysia kejadian tersebut berlaku pada jarak 165 kilometer (km) Barat dari Gorontalo,Indonesia pada kedalaman 10 km.
“Gegaran dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan kawasan sekitarnya. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,”tulis MetMalaysia.-KOSMO! ONLINE