fbpx

Empat melecur mesin dandang kilang meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa sebuah kilang kelapa sawit di Bestari Jaya selepas kejadian mesin dandang stim premis itu meletup ketika melakukan kerja pemanasan air.

KUALA SELANGOR – Empat pekerja sebuah kilang kelapa sawit di Bestari Jaya di sini, cedera selepas mesin dandang stim premis itu meletup ketika melakukan kerja pemanasan air hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu mengakibatkan semua mangsa lelaki berusia 20 hingga 30-an melecur di bahagian kaki.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.55 pagi.

“Siasatan awal mendapati empat pekerja termasuk tiga warga asing sedang melakukan kerja pemanasan air pada mesin dandang itu.

Anggota bomba memeriksa sebuah kilang kelapa sawit di Bestari Jaya selepas kejadian mesin dandang stim premis itu meletup ketika melakukan kerja pemanasan air.

“Namun, berlaku letupan hingga menyebabkan semua mangsa berkenaan melecur,” katanya.

Tambah Ahmad Mukhlis, semua lelaki itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan lanjut.

“Mangsa dihantar orang awam dan kebakaran itu telah dipadamkan sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI