fbpx

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk, maki polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan kerana menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas selain turut dipercayai memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi.

“Anggota polis bertindak membuat pemeriksaan terhadap pemandu dan penumpang kenderaan itu setelah mereka tersalah masuk laluan bas menuju ke Singapura.

“Semasa pemeriksaan dibuat, pemandu dan penumpang tidak beri kerjasama selain membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota.

“Ujian pernafasan dibuat mendapati pemandu lelaki tempatan mempunyai kandungan alkohol had ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI