fbpx

‘Bodyguard saya pemalu, takkan jadi pelakon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK yakin pengawal peribadinya tidak akan terjun ke dunia lakonan meski terima tawaran daripada ramai pengarah.

PETALING JAYA – Memiliki wajah tampan dan tubuh sasa, pempengaruh Cik B mendedahkan pengawal peribadinya kini menjadi rebutan ramai pengarah drama tempatan untuk terlibat dalam projek mereka.

Pun begitu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, percaya lelaki yang dikenali sebagai Faris itu tidak akan mudah terjebak dalam dunia glamor dek terlalu kaku dan pemalu.

“Sudah ramai pengarah cuba lamar dia. Ramai datang jumpa saya minta nombor telefonnya. Dia tak nak jadi pelakon.

“Selama dia bekerja dengan saya, kerja dia bagus. Walaupun tampan, dia introvert.

“Sebab itu saya tak risau kalau ada yang nak dia jadi pelakon sebab yakin dia tak akan mahu jadi pelakon. Dia sangat pemalu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu lagi, Faris mula bekerja dengan keluarganya sekitar setahun lalu dan hanya mula bertugas sebagai pengawal peribadi sejak dua bulan lepas.

“Mak saya ramai staf, tapi dalam ramai-ramai itu, mak saya perasan dia ada rupa dan berlatar belakang seni mempertahankan diri.

“Dia pun selalu masuk pertandingan, jadi mak pilih dia untuk jadi bodyguard saya,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Tolonglah itu, meskipun sering muncul dalam kandungan media sosial miliknya, Faris tidak pernah berhasrat untuk popular.

“Sejak dia ikut saya ke mana-mana, muka dia mula dikenali.

“Tapi dia sendiri pun tak minat nak jadi selebriti. Popular tanpa sengaja,” kongsinya.

Terdahulu, Faris mencuri perhatian netizen selepas beberapa kali muncul dalam hantaran media sosial Cik B sehingga membuatkan ramai wanita dalam kalangan pengikutnya tidak keruan melihat ketampanan wajah pengawal peribadi muda itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN