fbpx

ACLE: Peluang Al Ahli rakam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIYAD Mahrez antara pemain menjadi sandaran Al Ahli menjelang aksi final tengah malam ini. - AL AHLI FC

JEDDAH – Gergasi Arab Saudi, Al Ahli optimis dapat menamatkan penantian untuk bergelar juara Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) buat kali pertama dalam sejarah menjelang aksi final menentang Kawasaki Frontale di Stadium King Abdullah Sports City tengah malam ini.

Bekas juara sembilan kali Liga Pro Arab Saudi itu tidak pernah bergelar juara dengan pencapaian terbaik kejohanan berprestij benua Asia itu adalah meraih status finalis pada edisi 1985/86 dan 2012.

Pengendali Al Ahli, Matthias Jaissle percaya pasukannya kini bersedia untuk dilabel kelab terbaik benua Asia dengan menewaskan Kawasaki dalam perlawanan akhir penuh bersejarah itu nanti.

“Kami beraksi dengan baik pada suku akhir dan separuh akhir yang lepas. Kini tumpuan dialihkan pada perlawanan akhir yang bakal menentukan kejayaan pasukan pada musim ini.

“Sudah tentu tekanan dalam kalangan pemain juga semakin memuncak tetapi pasukan saya sudah bersedia untuk berikan yang terbaik di atas padang bagi merealisasikan impian untuk menjulang trofi ACLE,” katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi Al Ahli, Ivan Toney percaya beraksi di laman sendiri memberi kelebihan buat pasukan selain mengharapkan sorakan padu pemain ke-12 sepanjang 90 minit perlawanan nanti.

“Seperti aksi separuh akhir bertemu Al Hilal sebelum ini, penyokong setia memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat pasukan. Kami tidak boleh menjanjikan trofi tetapi saya percaya kami boleh kekalkan corak permainan menarik,” katanya. – AGENSI

JADUAL

FINAL ACLE

KAWASAKI     lwn       AL AHLI

Siaran langsung Astro 803, 12.20 tgh mlm ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI