fbpx

ACLE: Kawasaki tekad bawa pulang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAKI melangkah ke pentas final ACLE selepas menang 3-2 ke atas Al Nassr di separuh akhir sebelum ini. - AFP

JEDDAH – Pengendali Kawasaki Frontale, Shigetoshi Hasebe mengakui pasukannya selesa dilabel underdog menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Al Ahli di Stadium King Abdullah Sports City tengah malam ini.

Sebagai rekod, skuad Azzurro Nero telah melakar kejutan terbesar apabila mara ke pentas final kejohanan berprestij Asia itu buat kali pertama dengan menyingkirkan pasukan pilihan dari Asia Barat seperti Al Sadd dan Al Nassr.

Menurut Hasebe, semangat juang tinggi dipamerkan oleh barisan pemain di atas padang bakal menjadi azimat penting pasukan untuk membawa semula trofi berprestij itu ke bumi Jepun.

“Saya harap kami dapat lakukan kejutan sekali lagi pada pentas final seperti yang dilakukan ketika menyingkirkan Al Nassr. Meskipun beraksi di gelanggang neutral, kami masih berasa seperti beraksi di tempat lawan.

“Justeru, saya mahu pemain memberikan sepenuh tenaga dan pastikan momentum pasukan sejak awal tahun ini diteruskan dengan meraih kejayaan. Kunci utama kejayaan kami adalah disiplin dan mentaliti juara,” katanya.

Sementara itu, penyerang Kawasaki, Tatsuya Ito menyeru agar pasukan memberikan yang terbaik untuk membuktikan bahawa kelab Jepun masih mampu bersaing dengan pasukan ‘bangsawan’ dari Arab Saudi.

“Kejayaan ke final ACLE memberi makna yang besar buat bola sepak di Jepun. Kami memberi gambaran bahawa kualiti liga kami juga sangat hebat dan kini adalah masa untuk melakar sejarah,” katanya.

Kawasaki mara ke pentas final selepas menyingkirkan Al Nassr yang diwakili Cristiano Ronaldo dengan kemenagnan 3-2 di peringkat separuh akhir baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI