fbpx

100 pelajar jatuh sakit makan bangkai ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - News X

NEW DELHI – Pihak berkuasa akan menyiasat aduan mengenai lebih 100 kanak-kanak jatuh sakit selepas menikmati makanan tengah hari  yang dicemari bangkai ular di sebuah sekolah di India, lapor portal berita ABC News kelmarin. 

“Tukang masak sekolah menghidangkan makanan tersebut kepada kanak-kanak selepas mengeluarkan bangkai seekor ular.

“Makanan itu dihidangkan minggu lalu di sebuah sekolah milik kerajaan di bandar Mokama, negeri Bihar,” kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC). 

NHRC menggesa pegawai kerajaan dan polis melancarkan siasatan susulan laporan mengenainya oleh media tempatan. 

“Kami juga menuntut laporan terperinci daripada pegawai kanan negeri mengenai keadaan kesihatan kanak-kanak terbabit,” tambahnya. 

Kejadian itu mencetuskan protes oleh keluarga kumpulan pelajar tersebut. 

Demonstrasi itu menyaksikan penduduk menutup jalan raya di kampung halaman mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI