fbpx

[VIDEO] ‘Tolong saya netizen…cari abang Grab ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan wanita itu memaparkan dirinya sedang terperangkap dalam banjir, baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Saya sedang mencari rider Grab yang bantu selamatkan saya ketika kejadian banjir di terowong di Lembah Subang di sebelah KJMC (Kelana Jaya Medical Centre).”

Itu kenyataan seorang wanita yang berusaha untuk menjejak kembali individu yang tampil membantu ketika dia terperangkap setelah keretanya ditenggelami banjir, di sini baru-baru ini.

Menggunakan profil @Syaeera Shop di media sosial, dia memaklumkan kejadian berkenaan berlaku pada awal pagi.

“Kejadian berlaku pada 23 April lalu, pukul 4.50 pagi. Mohon hubungi atau mesej saya. Minta kongsikan video ini,” katanya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata memuji tindakan penghantar makanan itu dan berharap supaya dia dapat dijejaki secepat mungkin.

“Semoga cik jumpa rider Grab tu. Semoga dipermudah urusan cik. Saya dah kongsi, harap cik dapat jumpa encik Grab tu,” ujar @AZzTaro43.

“Walau siapa pun rider tu, mari kita sama-sama doakan urusan dia Allah permudahkan dunia akhirat. Terima kasih orang baik, jangan berhenti jadi baik,” ucap @Manja_Ratu.

“Ramai abang Grab adalah wira tidak didendang. Walaupun ada yang menghina pekerjaan mereka,” kata netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@kaksal66 Semoga dipermudah kn semua urusan 🤲. Mohon hunbgi saya. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #bombamalaysia #fypage #bombamalaysia #mbpj #banjirpetalingjaya #jpn #pergitakkembali😪😭 #mangsabanjir #traumatok ♬ Bila Tiba – UNGU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI