fbpx

[VIDEO] Kantoi simpan nombor telefon isteri guna nama ‘Harimau Malaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki yang 'kantoi' menyimpan nama isterinya di telefon bimbit sebagai 'Harimau Malaya'.

PETALING JAYA – “Siapa ‘Harimau Malaya’? Awek mana ‘Harimau Malaya’?”

Itu soalan daripada seorang isteri kepada suami yang ‘kantoi’ menyimpan namanya sebagai ‘Harimau Malaya’ di telefon bimbit.

Menerusi hantaran video di media sosial @Azizy_Rahman, jelas memaparkan wanita terbabit sedang merakam suaminya yang sedang khusyuk melihat skrin telefon bimbit dari arah belakang.

“Naya, tidur bilik asing lepas ni,” tulis lelaki itu ringkas disertai dengan tanda pagar #harimaumalaya.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian orang ramai yang tidak ketinggalan memeriahkan ruangan komen.

“Laki aku simpan (nama) ‘Dinosaur’, aku tukar letak ‘Sayangku’. Esok tu aku tengok jadi ‘Sayangku Dinosaur’,” kongsi @realpuan.

“(Simpan) ‘My S.Y.G, bile ku tekan (paksa) tanya awat ada ‘dot dot’, dengan yakin dia jawab ‘Singa Yang Garang’,” ujar @MissHoneySha.

“Yang ni kelakar, gelak dalam ketakutan,” komen seorang lagi netizen merujuk kepada reaksi lelaki berkenaan selepas ‘disergah’ isterinya itu. – KOSMO! ONLINE

@azizyrahman Naya.. Tdoq bilik asing lepasni 🤣🤣🤣 #harimaumalaya #fyp ♬ suara asli – infoinnostalgia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI