fbpx

[VIDEO] Ini lagi menyedihkan daripada ‘karipap oksigen’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Nik Amir menunjukkan saiz sebenar ayam gunting yang dibelinya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Kena scam awal-awal pagi lagi.”

Itu luahan seorang lelaki yang agak kecewa dengan saiz makanan bergoreng yang dibelinya, baru-baru ini.

Menerusi video perkongsian Nik Amir di media sosial, jelas memaparkan ayam gunting dibeli itu agak besar saiznya pada luaran, namun menampakkan isi ayam hanya sebesar ibu jari apabila tepung yang menyaluti terlorot ke bawah.

Bagaimanapun, Nik Amir masih ada sikap bertimbang rasa dengan mengunci mulut, tidak mendedahkan lokasi jualan ayam gunting berkenaan walaupun didesak orang ramai.

“Mungkin maksud dia ayam ‘ter’ gunting sebab tu kecil ja. ,” selorohnya di ruangan komen.

Hantarannya itu mengundang rasa geram dan simpati orang ramai, namun masing-masing tidak ketinggalan juga meninggalkan komen-komen lucu.

“Lagi sedih daripada karipap oksigen,” kata @MsLilyy.

“Ayam gunting pun pakai pakaian ‘baggy’ sekarang,” ujar @iffah.

“‘Casing’ (selongsong) ja besar, isi sikit,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@nikamirs Kena scam awal2 pgi lagi🥲#fyp #viral ♬ original sound – Nurhayatitahirr

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI