fbpx

UECL: Chelsea sebelah kaki ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jackson meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. - Foto ihsan Facebook Chelsea

STOCKHOLM – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui pasukannya seperti sudah meletakkan sebelah kaki ke pentas final selepas menewaskan Djurgarden 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Konferens Eropah (UECL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Stadium 3Arena itu, skuad The Blues meraih kemenangan bergaya hasil penyudah Jadon Sancho, Noni Madueke dan dua gol sumbangan penyerang utama, Nicolas Jackson.

Kata Maresca, apa yang dipamerkan oleh pasukan cukup bertenaga daripada awal perlawanan untuk membawa bekalan selesa ke Stamford Bridge ke separuh akhir kedua minggu depan.

“Ini adalah keputusan penting berdasarkan prestasi dipamerkan selari dengan taktikal yang diterapkan. Saya bangga dengan pemain kerana bukan mudah untuk menang aksi separuh akhir pada kejohanan peringkat Eropah.

“Cuma, saya tidak gembira apabila ketika kami sudah mendahului dengan jurang yang besar, pemain beraksi sambil lewa sehingga dibolosi satu gol. Saya harap kelemahan itu tidak diulangi pada aksi seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Maresca turut teruja apabila memberi debut buat pemain remaja, Reggie Walsh yang menjadi pemain termuda dalam sejarah Chelsea membuat kemunculan kompetitif pertama pada usia 17 tahun.

“Walsh masih lagi muda tetapi dia cukup sempurna dengan taktikal yang kita terapkan. Musim ini sahaja kita sudah berikan debut kepada lapan pemain dan saya sangat bangga dengan keputusan yang dibuat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI