fbpx

UCL: Inter yakin mara ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUMFRIES (tengah) meledak dua gol ketika membantu Inter mengikat Barcelona pada aksi pertama di tempat lawan awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi percaya peluang pasukannya untuk lolos ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) semakin terbuka selepas seri 3-3 bertemu Barcelona dalam aksi separuh akhir pertama awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad Nerazzurri mempamerkan semangat juang dengan meraih gol menerusi Marcus Thuram dan jaringan berganda Denzel Dumfries untuk membawa pulang bekalan memuaskan ke San Siro.

Kata Inzaghi, kejayaan Inter bagaimanapun dicemari apabila kapten, Lautaro Martinez mengalami kecederaan dan mungkin terpaksa disisihkan pada aksi separuh akhir kedua minggu depan.

“Martinez terpaksa dikeluarkan selepas waktu rehat babak pertama kerana mengalami kecederaan. Buat masa ini saya belum mendapat laporan penuh tetapi dia mungkin diketepikan pada aksi di San Siro nanti.

“Namun, saya peluang kita untuk ke pusingan akhir juga cerah kerana Benjamin Pavard akan kembali menguatkan pasukan. Kelebihan beraksi di laman sendiri pasti akan dimanfaat sepenuhnya dalam usaha melakar kejutan ke atas Barcelona,” katanya.

Sementara itu, Dumfries mengakui keputusan seri itu kembali menaikkan motivasi pasukan selepas gagal meraih keputusan yang diharapkan apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Pemain semua terdesak untuk pulihkan semula maruah yang tercalar. Harap keputusan ini dapat memulihkan semula motivasi dalam mencabar trofi yang diharapkan musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI