fbpx

Tukang cuci didakwa curi tabung syiling, rantai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. -foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON/ KOSMO!

MELAKA – Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling milik seorang warga emas, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didapati dengan niat mencuri rantai emas milik arwah isteri pengadu dan tabung syiling milik pengadu lelaki berusia 66 tahun, tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian bernilai RM15,060.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Pandan Jaya 1, Balai Panjang, dalam daerah Melaka Tengah pada 22 April lalu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan atas budi bicara mahkamah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 18 Jun ini sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI