fbpx
Keadaan Toyota Vios dinaiki kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Tiga maut kemalangan di Lebuh Raya KL-Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban menghala tol Sungai Besi, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.57 pagi.

Ujarnya, seramai 10 orang anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bukit Jalil digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar lebuh raya.

“Terdapat tiga mangsa lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.29 dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN