fbpx

Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAH Sufian Suhaimi kini suami kepada Rania selepas selemat dinikahkan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Penyanyi Sufian Suhaimi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rania Al Sadat dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Meski tiada sebarang pengesahan daripada Sufian sehingga kini, berita gembira tersebut disahkan adik lelakinya yang dikenali sebagai Salihin Suhaimi dengan memuat naik foto pasangan mempelai dalam Instagram Story hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Sufian dan Rania sedondon dalam persalinan serba putih.

Terdahulu, khabar angin pasangan tersebut bakal bernikah hari ini bertiup kencang selepas Rania memuat naik foto majlis bersiram.

Sebelum ini, Sufian pernah mendedahkan putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan kepada Rania sudah dipulangkan.

Bagaimanapun, cinta mereka kembali bertaut beberapa bulan lalu selepas dilihat keluar meluangkan masa bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI