fbpx

Sambutan aksi All Star Kedah-All Star Malaysia meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ricardo Quaresma antara pemain ternama yang mewakili skuad Hijau Kuning malam esok. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Perlawanan melibatkan All Star Kedah dan All Star Malaysia yang turut disertai bintang piala dunia, Ricardo Quaresma esok bukan sekadar aksi persahabatan biasa dan melibatkan pemain-pemain veteran semata-mata.

Menurut Pengerusi Kelab Legasi Kedah, Mohamad Hazriq Fahimy Abdullah, perlawanan itu cukup penting bagi membuka mata pihak yang berpotensi untuk menaja Kedah Darul Aman FC (KDA FC), bagi memastikan skuad utama bola sepak negeri ini tidak terkubur begitu saja.

Katanya, semua pihak terutamanya penyokong perlu menunjukkan betapa KDA FC masih bernyawa dan memiliki ramai penyokong setia di sebalik pelbagai isu yang timbul mengenai pasukan tersebut, kebelakangan ini.

“Perlu diakui, kewangan KDA FC ketika ini agak kritikal namun usaha membawa nama sebesar Quaresma untuk datang dan beraksi di Stadium Darul Aman, wajar dihargai serta dilihat dari sudut pandang positif.

“Perlawanan esok hakikatnya bukan sekadar aksi persahabatan sebaliknya ia memberi satu makna besar kepada KDA FC dalam usaha menarik penaja. Dengan kedatangan Quaresma, kita harap jenama KDA FC dapat diperkukuhkan sekali gus menarik minat pihak yang berpotensi menaja dan melabur kepada KDA FC,” katanya.

Selain Quaresma, All Star Kedah akan diwakili barisan pemain ternama yang pernah mencipta kegemilangan bersama skuad Hijau Kuning seperti Baddrol Bakhtiar, Fauzi Nan, Khyril Muhaimeen dan Soleyhin Kanasian manakala skuad All Star Malaysia akan disertai bekas pemain kebangsaan antaranya Indra Putra, Azamuddin Akil, Hardi Jaafar selain pemenang Puskas, Faiz Subri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI