fbpx

PVATM sokong cadangan Mindef, tapi pelan tindakan perlu diperincikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharuddin

SEREMBAN – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menyatakan sokongan terhadap cadangan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk menubuhkan satu gabungan melibatkan semua persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, langkah itu berpotensi mempermudah penyampaian bantuan dan perkhidmatan kepada para veteran.

Namun, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif tersebut perlu dimulakan oleh pihak kementerian sendiri dengan menyediakan pelan tindakan yang jelas dan terperinci.

“PVATM sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang mewakili veteran ATM, bersedia menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh penyatuan, pemodenan serta meningkatkan kesejahteraan ekonomi golongan tersebut.

“Pada masa ini terdapat sebanyak 122 persatuan veteran di seluruh negara. Kebanyakan daripadanya ditubuhkan untuk tujuan sosial, namun PVATM memiliki mandat rasmi dalam menjaga kebajikan veteran ATM,” katanya kepada pemberita di Pusat Jualan Ayam Veteran PVATM di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sharuddin menyatakan bahawa PVATM akan meneliti perkembangan cadangan tersebut sebelum mengambil pendirian sepenuhnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI