fbpx

Pesawat terhempas tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai pesawat selepas terhempas di bandar Grass Valley, negeri California semalam. - KCRA 3

NEVADA, CALIFORNIA – Seorang juruterbang terbunuh selepas pesawat ringan dipandunya mengalami masalah enjin dan terhempas di tepi sebatang jalan di bandar Grass Valley, negeri California, lapor portal berita KCRA 3 kelmarin. 

Pesawat jenis Cessna Cardinal 1977 itu terhempas di kejiranan Whispering Pines Lane berhampiran Mahkamah Cambridge. 

Jurucakap Jabatan Polis Grass Valley, Leftenan Brian Blackmore berkata, pesawat itu hanya membawa juruterbang terbabit. 

“Tiada bangunan dilanggar, namun jalan raya ditutup di kedua-dua arah di antara Idaho Maryland Road dan Crown Point Circle. 

“Mangsa dipercayai cuba mengelak kawasan berpenduduk sebelum pesawatnya terhempas di tepi jalan,” kata Blakemore. 

Data laman pemantauan penerbangan, FlightAware menunjukkan pesawat itu berlepas sekitar pukul 8.05 pagi (waktu tempatan) dari Auburn, negeri Alabama dan terhempas di Grass Valley pukul 8.19 pagi. 

“Mangsa terbang kira-kira 38.6 kilometer sebelum terhempas,” katanya. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan akan bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI