fbpx

Pemuda didakwa ‘pegang’ ketamin, edar MDMA tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEN YI didakwa mengedar dan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur lelaki berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dengan anggaran berat lebih 200 gram di bandar raya ini, bulan lalu.

Tertuduh, Lim Ken Yi, 23, menggangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 219.06 gram kira-kira pukul 1.30 petang di tepi jalan di Jalan Datuk Abdullah Tahir, di sini pada 20 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah 39B (2) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh memiliki ketamin dengan anggaran berat enam gram di masa, tempat dan lokasi yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI