fbpx

Pekerja spa gigit lidah lelaki tipu tanya pakej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mangsa cuba dirogol seorang remaja berusia 16 tahun di sebuah spa di Batu Berendam, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Seorang wanita nekad menggigit lidah remaja lelaki bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di sebuah spa kecantikan di Batu Berendam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kejadian itu dibuat oleh mangsa berusia 25 tahun pada pukul 11.53 pagi di Balai Polis Batu Berendam, semalam.

Katanya, susulan itu, pihaknya memberkas remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah rumah pangsa di Taman Merdeka, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang berpura-pura bertanyakan tentang pakej rawatan untuk teman wanitanya yang masih dalam perjalanan.

“Selepas masuk ke dalam spa, suspek bertindak menutup mulut mangsa dengan tangan dan menarik wanita masuk ke bilik rawatan sebelum meraba san menolaknya sehingga jatuh ke lantai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian cuba merogol mangsa, tetapi wanita itu bertindak menggigit lidah dan mencubit perut remaja tersebut. Mangsa kemudian menjerit membuatkan suspek beredar.

“Mangsa menghubungi majikannya dan diminta untuk mengunci pintu, namun beberapa minit kemudian suspek muncul lagi dan cuba masuk ke dalam premis berkenaan tetapi gagal,”ujarnya.

Selain tangkapan, polis merampas sebuah motosikal Honda EX5 dipercayai kenderaan curi yang digunakan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 dan 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol dan samun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI