fbpx

Nak masuk petak OKU, tiba-tiba tertekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Fortuner yang hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam laman selera di Ampang Jaya.

AMPANG – Seorang warga emas lelaki orang kurang upaya (OKU) kecacatan fizikal (kaki) dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh ke dalam medan selera majlis perbandaran di Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 4.15 petang ketika pemandu berusia 67 tahun tersebut sedang cuba memasuki petak parkir OKU.

“Ketika kenderaan (Toyota Fortuner) sedang bergerak masuk ke petak parkir, pemandu secara tiba-tiba menekan pedal minyak.

“Ia menyebabkan kenderaan itu merempuh masuk ke dalam kawasan medan selera dan melanggar beberapa peralatan di situ,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, kemalangan tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Hanya kerosakan kenderaan serta harta benda awam.

“Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI