fbpx

Lombong haram dibongkar, 3 individu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERALATAN serta jentera digunakan untuk melombong yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta turut dirampas.

ROMPIN – Tindakan tiga lelaki melombong bijih besi secara haram di kawasan Sungai Ganoh, Hutan Simpan Bukit Ibam, Muadzam Shah, di sini membawa padah apabila mereka dicekup dalam serbuan awal pagi Selasa lalu.

Dalam operasi pukul 3 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan Op Bersepadu Khazanah bagi mengekang aktiviti haram di kawasan hutan simpan terbabit.

Menurut kenyataan PGA Briged Tenggara pemeriksaan mendapati dua daripada suspek merupakan warga Bangladesh yang bukan sahaja tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah, malah turut terbabit dalam kegiatan perlombongan tanpa lesen.

“Seorang lagi suspek merupakan lelaki tempatan dipercayai pemilik lombong haram tersebut yang gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan lesen perlombongan bijih besi.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah pelbagai peralatan dan jentera berat yang digunakan untuk melombong, dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.25 juta,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 50 tahun kini disiasat mengikut Seksyen 159 dan 137(a) Enakmen Mineral Negeri 2001 serta Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI