fbpx

Johari Shukri kini Presiden UDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, UDA Holdings Berhad berkuat kuasa hari ini.

PETALING JAYA – UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, berkuat kuasa hari ini.

Menurut UDA, Johari Shukri berpengalaman lebih 28 tahun dalam sektor korporat dan kepimpinan bakal memacu fasa pertumbuhan syarikat dengan kepakaran dalam bidang hartanah, pembinaan, pelaburan, perindustrian, logistik, minyak dan gas serta kejuruteraan.

Sebelum ini, beliau pernah menerajui PASDEC Holdings Berhad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan serta menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd.

Di bawah kepimpinannya, Hektar Real Estate Investment Trust (REIT) berjaya dipulihkan pasca pandemik dengan pencapaian cemerlang.

“Pencapaian beliau dalam perubahan transformasi dan penciptaan nilai akan menjadi tunjang utama mengemudi fasa pertumbuhan UDA,” kata UDA dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga turut diiktiraf sebagai ‘Malaysia Top Achiever 2023’ dalam kategori ‘CEO of The Year dan Leadership Excellence In REIT Management’.

Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau, termasuk Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Transformasi di Iskandar Investment Berhad, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EA Technique (M) Berhad, CEO dan Pengarah Eksekutif Tanjung Langsat Port Sdn Bhd serta pelbagai jawatan kanan dalam beberapa syarikat Johor Corporation.

Sementara itu, Pengerusi UDA, Tan Sri Mohd Annuar Zaini, mengalu-alukan pelantikan itu serta mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atas kelulusan pelantikan tersebut.

“Kami memandang ke hadapan untuk bekerja bersama beliau dalam usaha memacu pertumbuhan, seterusnya memperkukuh UDA.

“Beliau diharap berupaya menyuntik idea dan pembaharuan menerusi dimensi, kaedah dan pendekatan baharu, selain mengutamakan objektif asal penubuhan UDA untuk memenuhi agenda pembangunan sosial dan ekonomi Bumiputera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI