fbpx

‘Jangan takut ini bukan along yang simbah, cuma cat tertumpah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang diiklankan dengan simbahan cat merah pada pagar dan dinding.

PETALING JAYA – Sebuah iklan jualan rumah di Facebook menarik perhatian ramai apabila kapsyen iklannya mengundang tanda tanya netizen berikutan kediaman tersebut kelihatan seperti mangsa simbahan cat merah along.

Iklan yang dimuat naik di kumpulan jual beli hartanah, Bank Lelong Auction Property Malaysia itu memaparkan gambar rumah dengan kesan tompokan merah pada pintu pagar dan dinding.

Sekilas pandang, ramai menyangka rumah tersebut menjadi mangsa amukan along, namun kapsyen iklan yang ditinggalkan mengubah persepsi pembaca.

“Jangan takut, bukan along yang simbah cat, cat cuma tertumpah tak sengaja,” tulis penyiar iklan di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak mudah percaya dengan penjelasan itu dan memberikan pelbagai reaksi berseloroh.

“Caption tu ingat kita baru hidup semalam ke,” komen Azim Zaim.

“Dia punya tumpah tinggi betul eh,” kata Helmi Azahar.

“Betul tu tertumpah cat. Dia tanda kawasan dulu. Esok dia mari kunci pintu pagar pula,” komen Emma Laa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI