JAKARTA – Seorang guru sekolah menengah di wilayah Jawa Barat mengundang kecaman orang ramai selepas meminta pelajar melukis kemaluan masing-masing di atas kertas, lapor laman berita Abatanews.
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Agama Cililin, Bandung Barat baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @monopoli.news menunjukkan guru itu sedang merakam pelajar-pelajar melukis bentuk alat sulit mereka di dalam kelas.
Dia juga memuji seorang pelajar lelaki yang mewarnakan lukisannya dengan pensel warna.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Konoha,” kata seorang netizen.
“Sisi gelap subjek biologi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI