fbpx

F1: Norris akui kurang serasi bersama MCL39

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS mengakui belum menemui keserasian terbaik bersama jentera sekali gus memberikan kesan terhadap persembahannya. - AFP

LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengakui masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera MCL39 sekali gus menjadi punca prestasi hambarnya pada awal musim Formula Satu (F1) kali ini.

Pelumba Britain itu kehilangan kedudukan teratas kejuaraan pemandu selepas berdepan dua perlumbaan mengecewakan di Bahrain dan Arab Saudi.

Di Bahrain, Norris hanya mampu layak di petak keenam selepas melakukan kesilapan di selekoh pertama sesi kelayakan Q3 sebelum sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga meskipun menerima penalti lima saat akibat kesilapan di petak permulaan.

Aksi di Jeddah turut tidak memihak kepada Norris apabila dia terlibat dalam kemalangan semasa Q3 menyebabkannya bermula dari petak ke-10.

“Apabila anda berdepan dengan pelumba seperti Max (Verstappen), Oscar (Piastri), George (Russell) dan Charles (Leclerc), anda terpaksa banyak berfikir. Apabila anda terpaksa berfikir, ia akan membuatkan anda kehilangan masa,” katanya.

Meskipun belum menemui sentuhan terbaik, Norris hanya ketinggalan 10 mata di belakang rakan sepasukannya, Piastri menjelang Grand Prix (GP) Miami hujung minggu ini.

“Semakin sukar jentera itu untuk dikendalikan, semakin tinggi ketepatan yang diperlukan. Apabila memerlukan lebih ketepatan, lebih mendalam perasaan dan kawalan yang perlu ada terhadap kereta.

“Itulah aspek yang saya rasakan sangat kuat tahun lalu, tetapi kini saya tidak mampu mengulangi prestasi itu.

“Tapi ini bukan bermakna saya langsung tidak tahu puncanya. Kami memahami sebahagian sebabnya, tetapi kami jarang mendapat peluang untuk mencuba pendekatan berbeza,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI