fbpx

Askar hunus pisau hadapi gajah tunggal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menghunus sebilah pisau ketika menghampiri seekor gajah di wilayah Nakhon Nayok, Thailand. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai kerana menghampiri seekor gajah liar sambil menghunus sebilah pisau, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kejadian itu dirakam di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Nayok, baru–baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook menunjukkan dia menghampiri gajah jantan itu sambil memegang pisau pada tangan kiri. 

Dia kemudian cuba menyentuh haiwan itu tetapi gagal. 

Klip video itu menjadi tular dan mendorong pihak berkuasa untuk membuat tangkapan. 

“Suspek dikenali pasti sebagai seorang askar berusia 30 tahun dan memiliki masalah mental. 

“Usaha menangkapnya sedang dilakukan. Suspek dipercayai bersembunyi di taman negara tersebut” kata pihak berkuasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI