fbpx

Anak kambing berkepala dua mati selepas 24 jam dilahirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAK ABU menunjukkan anak kambing berkepala dua yang hanya hidup selama 24 jam di Kampung Bukit Kechil, Pernu, Melaka, semalam. Foto AMRAN ALI/ KOSMO!

MELAKA – Anak kambing baka Black Belly yang lahir dalam keadaan berkepala dua di Bukit Kechil, Pernu dekat sini kelmarin, disahkan mati petang semalam.

Pemiliknya, Abu Shah Hashim, 57, berkata, anak kambing berkenaan mati kira-kira pukul 2 petang selepas dilihat semakin lemah meskipun telah diberikan susu.

“Sejak semalam lagi saya memang sudah jangka dia tidak akan bertahan lama. Saya ada hubungi doktor veterinar untuk bertanya dan mereka juga beritahu kemungkinan hayatnya tidak panjang.

“Saya cuba berikan susu, dia minum juga sikit tetapi sejak pagi tadi nampak dia makin lemah dan akhirnya mati,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan penduduk di kampung berkenaan gempar dengan kelahiran seekor anak kambing berkepala dua.

Menurut Pak Abu, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sejak 20 tahun dia mengusahakan penternakan.

Tambahnya, gambar dan video anak kambing itu turut dirakamnya dan menjadi tular dalam kalangan penduduk yang datang melihat sendiri haiwan unik tersebut sebelum ia mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI