fbpx

[VIDEO] ‘Comelnya…tapi pak cik pun comel juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan reaksi comel seekor anjing menerima pujian daripada sekumpulan wanita di dalam kereta.

PETALING JAYA – Keletah seekor anjing comel yang dibawa tuannya bersiar-siar menunggang motosikal dipercayai di Pulau Pinang mencuri perhatian netizen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video Rumijebat di TikTok, seorang lelaki dipercayai separuh abad menunggang motosikal dan meletakkan haiwan peliharaannya di dalam bakul motosikal.

Aksi haiwan comel bernama Teddy itu menerima pujian sekumpulan wanita yang menaiki sebuah kereta dipercayai ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Uncle (pak cik) ni bawa cucu jalan-jalan duduk dalam raga motor. Comel gila,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anjing itu, malah turut memuji tuannya yang tidak lekang dengan senyuman.

“Pak cik pun comel masalahnya. Macam dia yang kene agah,” seloroh @Jiadani._.

“Berbunga hati uncle itu orang puji ‘cucu’ comel,” komen @Yoshemorie.

“Comelnya tetapi itulah uncle tu pon comel sahaja senyum-senyum macam itu,” kata @Deejamairahh. – KOSMO! ONLINE

@rumijebatUncle ni bawak cucu jalan jalan duduk dalam raga motor. Comel gila.

♬ original sound – Nadia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI