fbpx

Ular hitam menyamar jadi kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ular itu melingkar di Pantai Ocean City, negeri Maryland semalam. - Fox 5

ANNAPOLIS, MARYLAND – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila menemukan ular menyerupai kayu di sebuah pantai dalam negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Fox 5.

Kejadian berlaku di Pantai Ocean City semalam.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan ular berwarna hitam itu melingkar di atas pasir. 

Seorang pengunjung bernama Roxane Flanagen berkata, anak perempuannya cuba memegang reptilia berkenaan yang dianggap batang kayu. 

Jabatan Sumber Asli Maryland mengesahkan bahawa reptilia itu adalah sejenis ular ‘hog-nosed’ yang tidak berbisa dan berkelakukan aneh. 

“Ular itu sering melebarkan leher seperti ular tedung lalu berguling sebelum berpura-pura mati sambil mengeluarkan lidah,” kata jabatan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI