fbpx

Ten Hag makin hampir kemudi pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG

LONDON – Bekas pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dijangka kembali menguruskan pasukan apabila dilapor menjadi calon utama untuk mengemudi sebuah kelab yang beraksi di saingan Bundesliga.

Bayer Leverkusen meletakkan nama Ten Hag sebagai calon teratas untuk mengemudi pasukan itu sekiranya jurulatih ketika ini, Xabi Alonso meninggalkan BayArena apabila khidmatnya ditagih Real Madrid.

Sejak meninggalkan United, Ten Hag sering dikaitkan dengan kelab ternama seperti Borussia Dortmund, Ajax serta Feyenoord, namun pengurus berasal dari belanda itu menyatakan bahawa beliau memilih untuk berehat seketika dan tidak akan menerima sebarang tawaran sehingga bermula musim baharu nanti.

Mengemudi Leverkusen mungkin hampir sama tekanan ketika beliau mengurus United apabila pasukan itu di bawah kendalian Alonso berjaya mencipta kejayaan sebelum termasuk menjuarai Bundesliga musim lalu.

Bekas juara Bundesliga musim lalu yang kini menghuni tangga kedua Bundesliga ketinggalan lapan mata dari pencabar utama Bayern Munich berdepan kesukaran untuk mengulangi pencapaian musim ini .

Laporan di Sepanyol menyebut bahawa Real bersedia untuk mengemukakan tawaran buat Alonso selepas pengendali mereka, Carlo Ancelotti dilaporkan semakin hampir untuk menerima tawaran mengendali skuad kebangsaan Brazil. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI