fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di 12 negeri yang dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk diramalkan melanda keseluruhan kawasan di Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Bagi Perak, kawasan terjejas membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar dan Batang Padang,” katanya

Selain itu, hujan lebat di Selangor dijangka tertumpu di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala di Pahang membabitkan tanah tinggi Cameron dan Lipis.

“Antara kawasan terjejas di Kedah adalah Kulim dan Bandar Baharu sementara di Negeri Sembilan melibatkan  Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” ujarnya.

Dalam pada itu, di Johor, cuaca buruk dijangka membadai kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan lebat di Sarawak membabitkan di Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala di Sabah membabitkan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom dan Nabawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN