fbpx

Penjual dilabel biadab kerana ucap ‘hati-hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjual minuman itu ditengking oleh pelanggannya kerana mengucapkan ‘hati-hati’. - Instagram

JAKARTA – Seorang penjual minuman di wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dia dimarahi seorang wanita selepas mengucapkan perkataan ‘hati-hati’, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Cimahi, Bandung baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @juraganlemon24 memaparkan penjual itu berbual dengan seorang pelanggan yang membeli jus limau di gerainya.

Sebelum beredar, dia mengucapkan terima kasih dan meminta wanita tersebut agar berhati-hati. 

“Terima kasih. Hati-hati puan,” kata penjual itu di dalam video. 

Ucapan tersebut mencetuskan kemarahan pelanggan tersebut kerana dianggap biadab dan didakwa sering digunakan oleh kumpulan pengganas Daesh.

Rakaman itu mencatatkan lebih 602,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia sakit jiwa ke?” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI