fbpx
Gambar hiasan

Pembantu jualan rugi RM100,000 gara-gara harumanis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pembantu jualan sebuah syarikat berputih mata apabila kerugian sebanyak RM100,000 gara-gara terpedaya dengan jualan harumanis melalui dalam talian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 29 April lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berusia 58 tahun tertarik dengan iklan menjual buahtersebut melalui aplikasi Facebook.

Katanya, mangsa telah membuat pembayaran melalui pautan yang diterima tetapi transaksi tersebut gagal.

“Keesokan harinya mangsa telah menerima satu pesanan ringkas yang memaklumkan akaun banknya telah disekat dan memintanya untuk mengaktifkan semula melalui pautan yang diberi.

“Tanpa rasa curiga mangsa mengikut semua arahan dalam pautan tersebut dan mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang simpanannya dalam akaun berkurangan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati terdapat 10 transaksi pengeluaran wang yang mencurigakan melibatkan akaun bank mangsa dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM100,000.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya diminta untuk memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan apa apa maklumat.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI