fbpx

MotoGP: Pakej enjin baharu Yamaha makin mengancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS mengakui terdapat peningkatan positif untuk unit kuasa baharu Yamaha selepas sesi ujian di Jerez awal pagi semalam. - FB MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP

JEREZ – Pasukan Yamaha terus agresif membangunkan jentera terbaik mereka selepas mempersembahkan peningkatan prestasi ketara dalam sesi ujian engin baharu di Litar Jerez awal pagi semalam.

Pelumba Sepanyol, Alex Rins memuji usaha keras jurutera Yamaha yang membina enjin baharu generasi ketiga yang mampu menambah daya pecut kelajuan jentera sehingga 2 kilometer sejam.

Ujar Rins, sesi ujian tersebut turut menyaksikan jentera ini lebih stabil di selekoh dan ketika membrek sekali gus menjadikannya lebih mudah dikendalikan di litar.

“Enjin ini lebih berkuasa. Kami kekurangan kelajuan maksimum sebelum ini dan Yamaha sudah atasi masalah itu. Kami akan guna versi enjin ini di Le Mans nanti,” kata Rins.

Tambahnya, selain peningkatan kuasa, pasukan turut melakukan beberapa pelarasan pada tetapan casis yang membantunya lebih yakin ketika membrek dan memasuki selekoh.

“Kawalan lebih baik di selekoh dan saya juga catat masa 0.5 saat lebih pantas daripada sebelum ini, jadi saya cukup berpuas hati,” ujarnya.

Namun, rakan sepasukan Rins, Fabio Quartararo, mengambil pendekatan lebih berhati-hati dan enggan terlalu yakin dengan potensi enjin baharu itu hanya berdasarkan ujian.

“Enjin ini ada aspek positif, tetapi perlumbaan sebenar berbeza. Kita kena uji dalam suasana sebenar, baru tahu sejauh mana prestasinya,” kata juara dunia 2021 itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI