fbpx

Padah ceroboh Hutan Simpan Batu Talam, lima ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA suspek yang ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Raub semalam.

RAUB – Tindakan lima lelaki termasuk empat warga asing menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di sini mengundang padah apabila mereka diberkas dalam serbuan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, lima suspek berusia 30 hingga 50 tahun itu ditangkap hasil rondaan bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan Balai Polis Tranum.

“Sebaik tiba di kawasan hutan simpan, pasukan kami terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan dan motosikal ditunggang lelaki warga Indonesia.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan rumah kongsi tidak jauh dari lokasi tersebut yang menempatkan tiga lagi lelaki Indonesia,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Shahril, kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen kebenaran dan mereka ditahan di lokasi kejadian.

Pejabat Hutan Daerah Raub mengesahkan kawasan itu sebahagian daripada Hutan Simpan Batu Talam yang dilindungi. Mereka ditahan di IPD Raub untuk siasatan di bawah Seksyen 88(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-355 2222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI