fbpx
UNITED memiliki rekod yang baik di pentas Liga Europa dengan aksi tanpa kalah dan berharap mereka mampu mengekalkannya menjelang aksi menentang Bilbao awal pagi esok. - AFP

Liga Europa: Man. United sedia kekal rekod kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim sekali lagi mengharapkan tuah aksi Liga Europa berpihak untuk pasukannya menjelang aksi separuh akhir pertama menentang Athletic Bilbao di San Mames awal pagi esok.

Kempen Liga Perdana Inggeris dianggap cukup mengecewakan buat United apabila mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi terakhir termasuk dua kekalahan dan hanya seri menentang Bournemouth pada aksi terakhir Ahad lalu.

Bagaimanapun, kempen pentas Eropah sangat berbeza buat United apabila mereka masih kekal dengan rekod kebal tanpa kekalahan, namun cabaran menentang Bilbao kali ini dianggap cukup getir ketika pasukan itu juga mengintai peluang mara ke pentas final.

Bilbao menerima suntikan semangat yang luar biasa dan berharap mereka akan berjaya ke perlawanan akhir ketika aksi tersebut nanti akan berlangsung di laman mereka sendiri San Mames, sekali gus menyebabkan United perlu berwaspada.

“Memenangi aksi sebegini sangat penting dan besar buat kami supaya keyakinan pasukan lebih melonjak. Ia juga untuk masa depan terutama saingan musim depan.

“Jika berjaya ke Liga Juara-Juara (UCL), suasana, cara kami akan menghadapi musim panas, bajet yang akan kami peroleh pastinya akan berbeza. Semua akan bergantung kemampuan kami untuk layak beraksi di sana,” jelasnya.

Dalam pada itu, dua pemain muda United, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho percaya kejayaan menjuarai Liga Europa tidak mampu memadam aib ekoran prestasi mereka yang merudum dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, mereka percaya bahawa kejayaan menjulang trofi berkenaan sangat penting untuk pasukan itu terutama untuk membolehkan mereka kembali ke saingan utama pentas Eropah musim depan.

“Ia adalah peluang besar untuk kami. Saya tidak katakan bahawa memenangi Liga Europa akan menjadikan musim kali ini berjaya, tetapi ia adalah langkah positif untuk kami mengharungi musim depan,” kata Mainoo. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI