fbpx

Lelaki ditangkap selepas 21 jam bunuh pembantu kedai guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Tidak sampai 24 jam, seorang lelaki yang disyaki membunuh pembantu kedai berusia 20 tahun di Simpang semalam berjaya diberkas di kawasan taman perumahan di Aulong di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.55 petang mengenai penemuan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap
berlumuran darah di Simpang.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai maut dipercayai ditikam.

“Susulan kejadian itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping digerakkan bagi mengesan suspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menangkap suspek berusia 40 tahun pada pukul 11 pagi tadi dan merampas sebilah pisau disyaki digunakan dalam kejadian pembunuhan tersebut.

Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah selain positif dadah jenis morfin.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disebabkan cemburu. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Taiping untuk permohonan reman,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI