fbpx

Komplikasi jantung, Nas Ahmad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Nas Ahmad yang menderita sakit jantung sejak 2023 meninggal dunia pada jam 9.49 pag tadi di Hospital Sungai Buloh.

BEKAS penerbit dan wartawan Melodi, Nas Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi penyakit jantung di Hospital Sg Buloh, pukul 9.49 pagi tadi.

Menantunya, Farhana Nazlin Mohamad, 38, berkata, bapa mentuanya dibawa ke hospital tengah malam tadi selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Malam tadi keadaan bapa mentua saya kurang baik apabila dia nampak susah untuk bernafas membuatkan kami menghubungi ambulan.

“Selepas itu beliau ditempatkan di zon merah bagi pemantauan rapi sebelum kami semua kemudian pulang ke rumah.

“Pagi tadi dalam perjalanan ke hospital keluarga mendapat panggilan telefon pemergiannya. Allah lebih sayangkan arwah,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Menurut Farhana lagi, pada awal Syawal lalu Allahyarham dirawat di hospital sama selama tiga minggu akibat lebihan air dalam badan.

Begitupun, minggu lalu beliau dibenarkan pulang selepas tahap kesihatannya semakin positif.

“Masalah jantung dihadapi bapa menyebabkan kondisi kesihatannya dalam keadaan naik turun.

“Tetapi beliau kuat semangat. Walaupun agak lemah, beliau masih boleh berbual dan beri nasihat kepada anak cucu,” ujarnya.

Selepas meninggalkan TV3, Nas atau nama sebenarnya Md. Nasir Ahmad mewujudkan saluran YouTube yang dinamakan Nas Ahmad Terjah.

Sejak Januari 2023, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung.

Disebabkan penyakit itu, Allahyarham tidak dapat berjalan seperti dahulu dan mudah mengah.

Jenazah dibawa ke Surau As Sahabah Seksyen 7, Kota Damansara untuk solat jenazah dan dijangka dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham yang berusia 63 tahun meninggalkan isteri, Norhayati, tiga anak serta dua cucu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI