fbpx

Kadar pengangguran di Malaysia menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran negara mencatatkan penurunan kepada 3.1 peratus, menjadikannya kadar terendah dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, penurunan ini disokong oleh peningkatan ketara dalam jumlah pekerjaan dan penyertaan tenaga buruh di negara ini.

“Jumlah pekerjaan telah meningkat daripada 16.1 juta pada tahun 2013 kepada 17.34 juta pada tahun 2024.

“Peningkatan ini menggambarkan pemulihan berterusan ekonomi serta kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dalam merangsang pasaran kerja,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Menurut Steven, kadar penyertaan tenaga buruh juga menunjukkan prestasi kukuh, dengan penglibatan 70.6 peratus rakyat Malaysia dalam pasaran pekerjaan.

Tambahnya, dalam masa sama, kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita turut mencatatkan peningkatan kepada 56 peratus, manakala kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran menurun daripada 37.4 peratus pada 2023 kepada 36 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI